Saturday, August 20, 2011

Kesilapan besar pemakanan orang malaysia.

just nak berkongsi pengalaman, dgn diet seharian orang malaysia.

Makanan ruji rakyat Malaysia

-Roti canai
-Nasi goreng
-Nasi lemak
-Nasi himpit
-Kuih mcm karipap,kuih lapis dan mcm-mcm lg
-Goreng pisang
-Kerepok lekor(bukan versi terengganu.)
-Byk lg sebenarnya

cuba perhatikan semua makanan diatas apakah persamaan bagi semua makanan diatas??






kalau anda jawab sedap,
Jawapan anda betul.

TAPI!
bukan itu yg saya ingin ketengahkan.jika diperhatikan 80% makanan diatas adalah dari sumber karbohidrat dan lemak(minyak).dan hanya 20% dari sayuran-sayuran dan sumber protein. 

Apa kelebihan karbohidrat?
-sebagai sumber tenaga utama utk mendapatkan glucose
-Mengelakkan otot-otot  dipecahkan sebagai sumber tenaga

Keburukan karbohidrat?
-bila terlalu kerap diambil ia akan disimpan sebagai lemak.ya lemak!!!


Benda lain tak jadi lemak ke?
bukanlah tidak menjadi lemak tetapi protein yang bersih dari lemak dan kulit selalunya akan ditukarkan kepada otot oleh badan dan akan dibuang jika tidak diperlukan.sayuran-sayuran pula  membantu membakar lemak kerana kadar kandungan calorienya rendah tetapi utk memprosesnya ia memerlukan tenaga lebih dari kadar calorienya sendiri malah ia membantu dlm penghadaman anda.

so anda dah tahu dari mana datangnya lemak2 tepu tu. jadi cuba kurangkan kadar pengambilan karbohidrat(jgn tak makan langsung plak sebab ia adalah sumber tenaga anda) lebih-lebih lagi selepas pkl 5 petang.lebihkan pengambilan sayur-sayuran dan protein.banyakkan senaman dan rehat.








No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...